AKSI KUNG FU - BILA STAFF KFC GADUH DI JALAN RAJA LAUT



Jika pekerja dengan pekerja boleh bergaduh dan tidak tahan sabar macam ni, apa jadi pada pelanggan yang kadangkala minta order itu dan ini. Mahu kena penampar agaknya!

Video ini dirakamkan oleh pelanggan yang mahu membuat order tetapi dapat tengok wayang kung fu free ketika berbaris. Difahamkan, pihak pengurusan KFC telah membuat siasatan dan akan mengambil tindakan lanjut mengenai kejadian memalukan ini.



VIDEO KUNG FU SELEPAS INI:



Rasanya gaduh di KFC ni bukan kali pertama berlaku. Sebelum ini, ada beberapa insiden telah berlaku hingga terdapat video pekerja pukul pelanggan pun ada!

Bayangkan bila mereka tengah marah... apa agaknya jadi pada ayam yang nak digoreng tu. Heh.